Now you find it. {Blog Nyioq}





Blogdrive
All writen by Papa Nyioq©
   

Vote la web nih
name : zulzamri abd. rahman
lokaliti : selayang/p.buntar

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


.:: Link Pilihan ::.

.:Jiwang.Org:.
.:KedahOnlineDOTnet:.
PhpNuke Malaysia

.: Link Orang Besar Jajahan :.


..; Aweks ;..





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, April 03, 2005
Waktu Solat Bagi Kuala Lumpur

Tarikh Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
2005/04/03 5:55 13:18 16:22 19:22 20:31
2005/04/04 5:55 13:18 16:22 19:21 20:31
2005/04/05 5:54 13:18 16:23 19:21 20:30
2005/04/06 5:54 13:17 16:23 19:21 20:30
2005/04/07 5:54 13:17 16:23 19:21 20:30
2005/04/08 5:53 13:17 16:24 19:21 20:30
2005/04/09 5:53 13:16 16:24 19:20 20:30
2005/04/10 5:52 13:16 16:24 19:20 20:30
2005/04/11 5:52 13:16 16:25 19:20 20:30
2005/04/12 5:51 13:16 16:25 19:20 20:30
2005/04/13 5:51 13:15 16:25 19:20 20:30
2005/04/14 5:51 13:15 16:26 19:20 20:29
2005/04/15 5:50 13:15 16:26 19:19 20:29
2005/04/16 5:50 13:15 16:26 19:19 20:29
2005/04/17 5:49 13:14 16:27 19:19 20:29
2005/04/18 5:49 13:14 16:27 19:19 20:29
2005/04/19 5:49 13:14 16:27 19:19 20:29
2005/04/20 5:48 13:14 16:27 19:19 20:29
2005/04/21 5:48 13:14 16:28 19:19 20:29
2005/04/22 5:47 13:13 16:28 19:18 20:29
2005/04/23 5:47 13:13 16:28 19:18 20:29
2005/04/24 5:47 13:13 16:28 19:18 20:29
2005/04/25 5:46 13:13 16:29 19:18 20:29
2005/04/26 5:46 13:13 16:29 19:18 20:29
2005/04/27 5:45 13:12 16:29 19:18 20:29
2005/04/28 5:45 13:12 16:29 19:18 20:29
2005/04/29 5:45 13:12 16:30 19:18 20:29
2005/04/30 5:44 13:12 16:30 19:18 20:29
2005/05/01 5:44 13:12 16:30 19:18 20:29
2005/05/02 5:44 13:12 16:30 19:18 20:29
2005/05/03 5:43 13:12 16:31 19:18 20:29

Posted at 08:36 pm by nyioq
Make a comment

Wednesday, February 09, 2005
Dakwah

Ada satu artikel seorang jurnalis Amerika, dia bercerita ketika dia dan keluarga memeluk agama Islam. Jirannya seorang kristian yang kecewa dalam hidup (beberapa kali ingin bunuh diri) minta dia (jurnalis) terangkan padanya tentang Islam. Memandangkan jurnalis tersebut, islamnya tidaklah beberapa kukuh di dada, dia meminta jiran tersebut pergi berjumpa dengan imam dan ulama, di masjid berdekatan. Namun malangnya ketika jiran itu pergi ke masjid dia dihalau atas alasan dia adalah orang kafir dan dilarang dari memasuki masjid. Akhirnya jiran tersebut menganggap Islam bukanlah jawapan bagi kekecewaan dalam hidupnya. Dalam situasi ini adakah itu cara berdakwah yang hikmah? Begitukah caranya melayan orang yang mahukan kebenaran?

Atau adakah ketika seorang muallaf yang baru memeluk islam, kita menyuruhnya mengenakan hijab bagi yang perempuan, dan ketayap bagi yang lelaki. Kemudian terus melarangnya dari melakukan perbuatan yang biasa dilakukan sebelum ini. Begitukah? Mengapa tidak saja kita ajar mereka secara peringkat demi peringkat.

Satu cerita benar yang saya perolehi ketika usrah. Seorang ustaz, Azhari namanya ketika di Canada untuk melanjutkan pelajaran, dia diminta memperkenalkan dirinya. Seorang Canada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiakan sebelum orang Canada itu berkata "I hate muslim, I really hate muslim!" (Bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri, orang berkata begitu pada anda, terkejut bukan?)

Namun ustaz ini tetap berbaik dengan orang Canada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik. Ketika orang Canada itu menerima jemputan dinner di rumah ustaz azhari dia minta satu kaset lagu tradisional dari ustaz azhari. Ustaz azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat, kaset ini mesti didengari 15 minit sebelum tidur.

Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, Canadian itu menelefon ustaz azhari,

"Azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice,"

Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya Canadian itu tertidur.

Keesokkannya orang Canada tersebut datang berjumpa ustaz Azhari dan memberitahu dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut.

Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah "MasyaAllah". Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah.

Rupa-rupanya orang Canada itu mimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya ialah bacaan ayat Quran surah Yusuf. Dan akhirnya Canadian tersebut memeluk islam. Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan, arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat. Ustaz azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata "Ya Allah, aku tahu arak ini kau larang, tapi aku suka amat akan arak ini, aku tak dapat nak tinggal, oleh itu ampunlah aku". Perbuatan yang sama untuk perkara-perkara yang lain. That's easy, islam is easy, kata Canadian itu.

Tapi seminggu selepas itu, Canadian itu datang jumpa Ustaz Azhari dan menyatakan dia malu kepada Allah, minum arak, bergaul dengan perempuan, tidak mengerjakan solat, dalam diri memohon ampun pada Allah. Dipendekkan cerita akhirnya, orang Canadian itu menjadi muslim yang menghambakan dirinya pada Allah.

Bayangkan apa yang terjadi andai ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk islam? Apa yang akan berlaku?

Begitulah pentingnya kemahiran dalam berdakwah. Dakwah itu perlu berhikmah!


Posted at 02:13 pm by nyioq
Make a comment

Tuesday, December 28, 2004
Tsunami atau Gempa Bumi?

MALAYSIA JUGA ADA KAWASAN LETUSAN GEMPA BUMI.

Dikirim oleh: MsScarlettOHara

Berita: Dlm Negeri

Jika anda belajar subjek Geografi, antara perkara sering diberitahu ialah Malaysia tidak termasuk negara yang dilanda gempa bumi. Bencana alam semula jadi yang kerap berlaku ialah banjir, kemarau dan paling kuat pun mungkin ribut taufan. Iklim Malaysia yang bersifat panas lembap hasil pengaruh khatulistiwa menjadikan negara ini agak selesa didiami.

Malaysia bukan seperti Jepun yang boleh dilanda gegaran tsunami, atau semacam Amerika Syarikat yang resah mengalami puting beliung tornado. Rakyat negara ini agak bertuah kerana tidak perlu risau mengalami ribut salji tebal atau bahang ribut pasir. Iklim segala-galanya tampak begitu indah belaka ibarat berada di atas alam kayangan.

Namun tanpa disedari, Malaysia sebenarnya turut berpotensi menerima bencana gempa bumi. Buat masa sekarang, bahana gempa itu hanya setakat gegaran kecil hasil tempias apa yang berlaku di negara-negara jiran serantau. Bagaimanapun, berdasarkan peta kaji cuaca sejagat, ada beberapa kawasan di negara ini merupakan pusat letusan gempa.

"Terdapat lima pusat gempa bumi di Malaysia. Tetapi kita tidak perlu bimbang. Pusat ini bukan terletak di kawasan berpenduduk pada. Sebaliknya ia dikesan berada di beberapa loklasi di Sabah dan Sarawak," kata seorang jurucakap Bahagian Seismologi dari Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia di Petaling Jaya kepada MASSA.

Bahagian itu ditubuhkan pada 1974 bertujuan sebagai pusat pemantauan aktiviti gempa bumi di Malaysia dan persekitarannya. Jabatan tersebut memiliki 12 stesen seismologi termasuk di ibu pejabat agensi itu. Ia mempunyai mesin pengesan di FRIM Kuala Lumpur selain Ipoh, Kluang, Kuala Terengganu, Kuching, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Sandakan.

Antara tempat yang dikenal pasti sebagai pusat gempa ialah di Miri, Sarawak serta Lahad Datu dan Tawau di Sabah. Lebih mengejutkan, kawasan Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda Sabah juga ialah pusat gempa tersebut. Penduduk di Semenanjung pula boleh menarik nafas lega kerana tiada pusat gempa dikesan di kawasan itu.

"Namun, sehingga kini negara kita belum lagi mencatatkan sebarang rekod gempa bumi dan jika ada pun cuma tempias daripada negara jira iaitu Indonesia dan Filipina. Gempa bumi yang berlaku di dua negara itu pula bermagnitud kecil dan sederhana. ia lebih dikaitkan dengan gelinciran aktif yang wujud sekian lama," kata jurucakap berkenaan.

Gegaran yang sering dirasai di sepanjang pantai barat Semenanjung adalah akibat gempa bumi bermagnitud besar sama ada berasal daripada jajaran 42 pusat gempa di Sumatera atau 19 pusat serupa di Laut Andaman. Manakala di Sabah dan Sarawak, magnitudnya skala besar berpunca antara 23 pusat gempa yang berselerak di sekitar Mindanao dan Sulawesi.

"Kesan gegaran ini tidak dapat dielakkan kerana kedudukan Malaysia betul-betul terletak berhampiran dengan dua sempadan pertembungan kepingan aktif keseismokan iaitu Indo-Australia di sebelah Barat dan kepingan Eurasia di bahagian Timur," kata pensyarah Jabatan Geografi Universiti Malaya, Mustapha Kamal Idris.

Akibatnya, sebanyak 118 gegaran gempa dirasai di Malaysia dan angka itu berdasarkan rekod Bahagian Seismologi, Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia antara tahun 1909 dan tahun lepas. Selangor (termasuk Wilayah Persekutuan dan Putrajaya) merekodkan jumlah paling banyak, iaitu 27 gegaran.

Gegaran itu berkekuatan secara purata magnitud 6 pada skala Richter. Sabah yang berada pada kedudukan kedua tertinggi iaitu 23 gegaran mencatatkan purata kekuatan terbesar iaitu skala tujuh.

Secara teori, gempa berlaku apabila ada proses pergerakan dalam bumi yang dikenali sebagai hanyutan benua.

Menurut teori itu, kerak bumi terapung di atas magma, iaitu sejenis batu cair dan hanyut secara perlahan-lahan. Kerak bumi pula terbahagi kepada 10 kepingan dikenali sebagai lithospherik. Sempadannya ditandai oleh banjaran gunung berapi dan kawasan gempa bumi. Terdapat tiga jenis sempadan lithispherik yang mempengaruhi bentuk muka bumi.

Pertama, apabila kerak bumi menjauhi sesama sendiri sehingga magma keluar membentuk kerak baru dipanggil rabung lautan. Kedua, kerak bumi bertembung dan menjulang ke atas lalu menghasilkan gunung atau satu kerak terbenam di bawah kerak lain berubah menjadi gunung berapi. Dan ketiga, kerak bumi bergerak secara selisih sesama sendiri.

"Proses gempa bumi di Malaysia melibatkan jenis kedua. Hanya yang berbeza ialah ia tidak menghasilkan gunung berapi, sebaliknya mewujudkan gunung", tambah Mustapha. Beliau percaya penduduk Malaysia tidak boleh sesekali memandang ringan kemungkinan tidak mungkin boleh berlaku sebarang gempa bumi di negara ini pada masa akan datang.

Dari segi geografi, kedudukan Malaysia biarpun jauh dari pusat gempa bumi tetapi negara ini masih berada dalam kawasan pelantar pergerakan bawah tanah aktif. Justeru, langkah pencegahan terutamanya dengan memastikan struktur bangunan yang kukuh dan selamat daripada sebarang gegaran perlu diambil kira demi mengelakkan bencana berlaku.


Dipetik dari : Majalah MASSA, 3-9 Januari 2004, tulisan Amree Ahmad.
 


Posted at 11:50 am by nyioq
Comments (1)

Next Page